Koleksi Lawak Dalca (6)
Seorang pendengar menelefon penyampai radio
Pendengar: Helo, sy nak buat ucapan
Penyampai: Ye, silakan
Pendengar: Saya nak buat ucapan untuk ayah yg tengah basuh kereta, mak yg tgh memasak, abg yg tengah tengok tv.. dengan ucapan.. TENGAH BUAT APA TU?
Ajoi dan isterinya pergi menonton perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Sampai di kaunter tiket, si Ajoi pun membeli dua tiket untuk diri dan isterinya. Tidak lama kemudian, si Ajoi datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket. Tidak brapa lama kemudian, si Ajoi muncul sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket. Si penjual tiket kehairanan, lalu bertanya. “Bukankah encik sudah membeli dua tiket dan kemudian datang sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket?” Lalu Ajoi pun berkata, “Betul, tapi seorang lelaki yang berdiri dekat depan pintu masuk stadium itu asyik koyakkan tiket saya, habis macam mana saya nak masuk!!!
Gajah Mati
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.
Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, :
nenek : “Nanti dulu”.
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”.
Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?”
Nenek: “Bila dia menangis”.
Rkn2: “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?”
Nenek : “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”
15 comments:
HAHA!tersengih sorang2..geli hati
hehe...smile always!!
haha..memang sengal...
lawak yg menghiburkan kala hati tgh kacau..hoho..;)
hehe..moga terubat kacau di hati
haha... :D
ahaha,sume lawak2 ni mcm dlm mestika je -.-
lawak-lawak....haha...sy ingin beri ucapan kepada sy yg tgh post comment...TGH BUAT APA TU??
miss A:tak lar bkn dri mestika..dari sumber lain
shahrazali: haha sya pon nk wat ucapn jgk lar..hihi
haha...dh taw semua org buat ape...boleh plak tnya lg skali kn.....yg nnk tue pnah dgr,,,,hehehehe
lawak tol.hehe
lawak best !!
Patut bagi flying kick je Ajoi tu!! hahaha =D
salam ziarah dik...=)
hehehe..lawak simple..=)
http://pendapatniaga.blogspot.com/2011/12/psikologi-dalam-perniagaan-part-1.html
Post a Comment