Psikologi Muzik!!
Bagaimana Muzik Buat Anda Berbelanja Lebih Di Pasaraya !
Dalam setiap pasaraya, anda tentu perasan yang ia sentiasa di pasang dengan lagu-lagu bagi menghiburkan para pengunjungnya. Tapi tahukah anda muzik yang dipasang tu ada maknanya, bukan saja-saja. Ada perkiraannya bagi mempengaruhi tabiat membeli para pengunjung.
Jika dalam waktu biasa di mana tak ramai orang yang masuk seperti waktu bekerja, setiap pasaraya akan memasang lagu yang berentak sentimental atau slow. Ia amat mendamaikan bagi telinga yang mendengarnya membuatkan anda terikut dengan rentak slow nya dan mula menolak troli dengan sentimental juga.
Lagu sentimental menusuk kalbu ini dipasang agar anda tidak tergesa-gesa dalam mendapatkan barangan anda. Anda akan lebih peka melihat dan membandingkan barang-barang yang ada.
Dari satu lorong ke satu lorong anda akan menolak troli dan sudah tentu banyak barangan yang tak dirancang dari awal masuk ke dalam troli anda. Secara tidak sengaja sedikit sebanyak anda akan terlebih beli kerana lama berada dalam pasaraya tersebut. Jadi hasil jualan pasaraya itu akan tetap banyak dan melonjak naik walaupun orang tak ramai.
Apabila datang waktu kemuncak di mana ramai orang yang terju masuk ke dalam pasaraya tersebut lagu yang rancak akan dipasang. Biasanya waktu cuti umum atau waktu lepas kerja ramai yang datang ke pasaraya.
Apabila musik atau lagu rancak dipasang, ia akan mempengaruhi kita menolak troli dengan cepat dan hanya menumpukan pada barangan yang nak kita beli. Kadangkala lorong yang tak ada barang yang kita mahu akan kita langkau untuk terus ke lorong yang ada barang kita.
Apabila semua yang ada bergerak pantas untuk menghabiskan pembelian mereka dan menuju ke kaunter pembayaran, maka kadar pusingan orang masuk dan keluar akan menjadi laju dan ini menambahkan jumlah orang ramai yang datang membeli di pasaraya tersebut. Maka bertimbun-timbunlah duit masuk ke peti simpanan mereka dan taukejnya tersenyum manja.
Begitulah setiap hari emosi kita sentiasa diperbodohkan oleh mainan lagu-lagu dalam pasaraya agar waktu manapun anda masuk mereka tetap untung. Lepas ini jika anda membeli belah di pasaraya amati lagu-lagu yang dipasang dan cuba lawan rentaknya. Yang paling baik sekali ialah tetapkan pendirian membeli apa yang anda mahu saja.
7 comments:
ye lah, x prnah terfikir pon..
saya kalau mebeli tak kiralah lagu apa, ttp membeli cara biasa. tader masa nak hayati2 nih..hehe
huhu...setuju. memang muzik kdg2 mempengaruhi pembelian. Lepas ni masuk pasaraya nk try ignore la muzik tuh. Kene cekalkan ati beli brg yg perlu jer..:)
ye ke? ish... tipah tertipu bang...
thanks yer
kalo musik ajeb2 bgmn ya kalo ditaruh dpasar?
hehehhe
btw salam kenal ya bos
serius? macam betullah.. ayoo..hehehe
ooooooooo.. itu macam kaa...ada betul juga la..
Post a Comment