Sijil bukan segala-galanya tapi sijil perlu adanya
Ramai yang beranggapan bahawa jubah konvokesyen berasal dari negara Barat yang mana merupakan satu tradisi penganugerah kepada sarjana-sarjana ilmuan mereka pada ketika itu.
Tetapi pada hakikatnya, ramai yang silap mengenai tradisi islam yang wajib difahami oleh setiap individu Muslim. terutamanya tradisi keilmuan Islam generasi terdahulu. Terlampau banyak perkara yang berlaku pada abad ini timbul akibat ketidak-salah-fahaman mereka terhadap agama Allah (Islam). Apapun, secara umumnya, salah faham yang berlaku adalah akibat kekeliruan mereka dalam memahami sesuatu ilmu pengetahuan.
Suka saya di sini memetik kata-kata seorang Pensyarah di Felo Pengajian Islam Universiti Oxford,Uk Dr Afifi Al Akiti ," kata beliau sebenarnya memakai jubah dan mortar board (kopiah,songkok,dll) di dalam majlis istiadat konvokesyen itu,merupakan cetusan idea yang di inspirasikan oleh para ilmuan islam terdahulu.Apa yang di fahami daripada gaun konvo itu adalah jubah dan mortar board itu sebenarnya seperti songkok di atasnya al quran.Tetapi pada hari ini ramai orang menyangka memakai gaun konvo dan mortar board itu berasal daripada dunia barat (eropah),sebenarnya ianya tradisi para ilmuan islam dahulu.Bagi mereka yang membelajari ilmu agama dengan baik,perlulah juga mendalami sejarah tradisi islam dengan mendalam.Inilah langkah terbaik bagi mengubati penderitaan umat islam dan dunia islam pada hari ini yang ditipu dengan sejarah mereka sendiri."
Dulu aku di bawah melihat abg2 di atas...Sekarang aku di atas melihat adik2 di bawah.. Kahkah
-Cerita Lama-
Terima Kasih kepada semua yg mendoakan saya :)