10 Tempat Paling Kebal Di Dunia


1. LONDON TOWER


Tempat ini adalah sebuah bangunan kuno yang terletak di England, Dahulunya, bangunan ini adalah kediaman keluarga diraja England sebelum akhirnya berpindah ke istana Buckingham. Di dalam bangunan ini tersimpan banyak peninggalan pusaka kerajaan inggeris, seperti mahkota emas St. Edward, mahkota Kohinoor” milik ratu Eliztbeth dengan berlian seberat 109 karat dan tongkat kerajaan dengan “bintang dari Afrika”, berlian asahan terbesar di dunia, semuanya disimpan dalam bangunan rahsia dibawah tanah yang dilapisi plat keluli. Ditambah dengan kawalan sangat ketat dari tentera yang selalu menjaga tempat ini.


2.SEALAND



Bangunan ini sebenarnya adalah bekas benteng pertahanan udara Englan semasa perang dunia. Ianya terletak 10 km di lepas pantai Suffolk, England. Sealand merupakan daerah istimewa yang diketuai oleh seorang raja, bahkan ada yang menyebut bahawa sealand adalah negara terkecil di dunia. Lokasinya yang jauh dari pemukiman ditambah dengan Kawalan oleh tentera England (lokasi sealand di dalam jajahan England) membuatkan lokasi ini menjadi tempat menyimpanan yang selamat. Bahkan syarikat penyimpanan data terkenal Haven Co dipercayai menempatkan data simpanannya di tempat ini.


3.GRANITE BUNKER

Granit bunker adalah sebuah bunker penyimpan data yang terletak di Salt Lake City, Utah Amerika syarikat. Bunker ini dijadikan sebagai tempat penyimpanan data penduduk oleh pemerintah Amerika syarikat. Bunker ini boleh dikatakan adalah bunker paling selamat, kerana terletak di 200 meter di bawah gunung granit. Pintunya adalah logam seberat 12 ton, maka mustahil untuk dapat menceroboh.


4.NORAD CENTRAL

Norad central adalah sistem pertahanan angkatan udara Amerika. Sistem pertahanan ini berupa gua seluas 18 000 m2, sedalam 600 m dibawah batu kapur besar. Ruangan terbesar seluas 14 x 180 m dengan tinggi 18 m dengan 2 gerbang logam seberat 25 ton sebagai pintu masuk. Masih ada lagi 15 ruangan bawah tanah, sebahagiannya 3 tingkat. Gedung-gedung di dalam norad ini dilindungi oleh 1.319 plat keluli masing-masing seberat 450 Kg.


5.BOLD LANE PARKSAFE


Inilah tempat penyimpanan kereta paling selamat di dunia. Bold lane Parksafe bukanlah tempat parking biasa, tetapi sangat luar biasa. Kerana di setiap sisi terdapat ratusan kamera CCTV, ditambah lagi dengan ratusan alat sensor gerak yang sangat sensitif. Jika ada tanda yang sedikit mencurigakan, maka petugas keselamatan Bold lane Parksafe yang sudah terlatih akan terus menyiasat keadaan.


6.FORT KNOX



Fort Knox adalah gudang jongkong emas Amerika Syarikat yang terletak dikawasan ketenteraan Kentucky, AS, dan dijaga oleh ratusan tentera. Di dalam gudang ini tersimpan ribuan jongkong emas dan dokumen berharga, salah satunya adalah naskah salinan asli piagam magna Charta. Gudang ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat ketat, pintu masuknya adalah keluli dengan berat 2o ton, sedangkan pintu utama gudang dilengkapi dengan sistem keselamatan kombinasi angka dimana hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya.


7.AREA 51

Area 51 adalah salah satu area paling tertutup di dunia, area ini sangat dijaga ketat oleh tentera amerika. Kawasan ini ditiupkan cerita cerita berkaitan dengan UFO .Di sini, Amerika Syarikat mengembangkan teknologi pesawat tempur yang canggih, dan banyak dokumen ketenteraan AS yang disimpan di sini. Tidak hairan jika kawasan yang berada di daerah gurun Nevada ini menjadi salah satu tempat terselamat di dunia.


8. Data Fortress.

Data fortress adalah bunker simpanan data yang terletak di pegunungan Alps Swiss. Bunker ini adalah bunker penyimpanan data milik perusahaan Mount 10 yang digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen rahsia milik kerajaan, ketenteraan, Bank, dan lembaga kewangan dari seluruh dunia. Keselamatan bunker ini sangatlah ketat, di berbagai sudut, kawasan telah dipasang ratusan kamera CCTV, sensor gerak dan sensor bunyi.


9.FLORENCE PRISON



Tempat ini adalah penjara super ketat yang ada di daerah Colorado Amerika, penjara yang menampung sekitar 400 tahanan. Penjara ini adalah tempat kurungan banduan jenayah yang berat, tidak hairan jika keselamatan penjara ini sangat ketat. Banduan dikurung di dalam 1000 bangunan keluli dengan sensor jarak jauh. Sekitar luar pagar penjara telah dikawal ratusan anjing pemburu yang bersedia mengejar banduan yang cuba melarikan diri.


10. AIR FORCE ONE


Air Force one adalah pesawat president Amerika. Pesawat jenis Boeing 747-200B ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti keselamatan luar biasa, bermula dari alat sensor, peralatan komunikasi kedap suara, alat kebal gelombang elektromagnetik, serta sistem keselamatan yang sangat canggih . Pesawat ini boleh mengisi bahan bakar di udara, maka ia dapat terbang selama seminggu penuh.

0 comments:

Post a Comment