Denda Mahkamah 1 Juta
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
p/s:Kan bagoz semua hakim macam ni..
21 comments:
susah rasanya nak jumpa hakim macam ni kat Malaysia.... kagum dgn hakim marzuki ni...
xde ker video kisah ni??
aduh... sangat2 terharu lah hakim macam ni.. =)
mmg sedih cite nie.. uhuhu
sejuk hati ada hakim mcm ni~ =)
kalau lah ada hakim camni kat malaysia.....
Betul2 adil hakim tu...syukur..
penah bace ni, tapi memang bagus la hakim ni..kat malaysia ntah ade ke x hakim macam ni kan..
bila malysia nak macam ni?
hakim kita skrg pun makan suap je.. dgn rasuah.. malaysia ni adalah no 1 gejala rasuah paling tinggi :D
ni yang baru dikatakan seorang hakim!!!
terharu bila baca...
ini barulah betol seorang hakim...
lama sungguh kau mghilang ye... baru muncul yerk...
alhmdulillah.. bagus hakim dia.. muliaa..
bagus hakim mcm ni..
Untung la kalau negara kita ada hakim mcm ni... :)
sedih baca kat ats tu..moga kita jadikan iktibar..bersyukur dgn apa yang ada..thanks dalca..
mmg sgt menarik..
insaf..:)
hakim tu mmg adil dan bertimbang rs..jatuhkan hukuman tp tetap membantu..alhamdulillah ada lagi org sebegitu di bumi ni..
terharu bila membaca..sgt mulia hati hakim tu kan. hal ini juga boleh dijadikan ikthibar kpd masyarakat setempat. musti dia seorang hakim yg adil kan..:)
bagusnya hakim ni=')
sedihnya..wuwuwu..rindu arwah nenek :'(
kesian nenek tu. yg org ladang tu pn. kdekut sgt..stakat ubi kayu je pn..
inilah namanya undang2 yang adil... undang2 yang patut dicontohi oleh semua negara.. dan sama2 lah kita mendoakan agar hakim tersebut dilimpahkan dengan pahala yang tidak terhitung di atas kemuliaan hatinya menjatuhkan hukuman... aku betul2 terharu dengan kemuliaan hati hakim tu...
Post a Comment