Kasturi Dan Zina.
kisah bau KASTURI dan ZINA.
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^
p/s : siapa tahu ubat penyakit batuk berkahak??sakit dada aku..
21 comments:
skrg mmg xde org lelaki mcm ni...
ubat klu sakit batuk2 ni,,ko kena batuk byk2 kali terus sekali batuk,,,bru la batuk tu cepat habis,,then cepat la baik....hehe..gurau jek dalca...
makan ubat yg doktor bg la...ubat batuk woods tu ker..
sush kot nak jupe laki sebaik tu sekarang ni..minum air suam banyak2..
@shahrazali:dah smpai terkeluar tekak aku ni batuk..haha,aku dah telan wood tpi x berkesan gak..
@LiNda:thanks linda
jauhi fitnah wanita..get well soon.... :)
makan mentos pedas (hitam). kunyah lumat-lumat. lepas tu, tahan kat tengah-tengah tekak yang bengkak. tahan sampai ko rasa angin-angin pedih. nnti kahak pecah akhirnye...
@Rapunzel Cikilolo:serius???baru tadi beli mentos,ingt saja nk bagi berangin..x per nanti dalca try
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”
Al-Isra'-32
try la cap ibu dan ank pulak :D
ade lelaki cam tu sekarang? semoga ade lah ye.hehe
layan je batok tu.best ape.hehe
keli pon tengah batok jugak .
nauzubillah..jauhi zina hati,mata,tangan dan semua2 jenis zinalah... amin
mintak ubt kt klinik la.. ubat batuk yang mujarab sikit
kan kat dalam tv tu ada ubat dia, yg salu iklan org batuk berkahak tuh, apa ek nama dia~~
dia memelihara diri dia daripada terjebak dengan perbuatan zina dan Allah telah mengurniakan dia dengan hadiah yang tidak ternilai dan memelihara dia sampailah akhir hayat dia
moga dilindungi...
minum air suam byk2 k..
hope kita dijauhi dgn bnda cmnie..hurrmmmmmm
bestnye cerite ni...mana nk carik pemuda cmtu zaman la ni..:\
wangi nyer.. nak wangi macam tu gak.. =)
kalau sy tibai minum ais lg.. hohoho..
bagusnya...badan bau wangi sampai meninggal...
kalau batuk kena banyakkan minum air, tp kalau berkahak ni tak tau la..bek makan ubat batuk kot~
bagusnya dalca ni...moga selalu menang dota...:p
sungguh memberi pengajaran citer ni..
tak baik lagi batuk kau yerk.. huhu
sama laa aku... batuk berkahak ni.. mmg lambat nak baik.. mmg sakit dada kalau asyik batuk... rasa mcm kena cucuk jarum
kalau batuk, elok makan bubur gandum yang tak masuk ape2. Just air dan gandum dan panaskan bagi masak gandum tu. InsyaAllah, sangat berkesan.
Post a Comment