Tahukah Anda !!





1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam
cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu
100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah
helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu
selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak
yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya
magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia
diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga
beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih
boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.













9 comments:

hahaha..lawak je yg air sirap tu.

June 28, 2012 at 5:43 PM comment-delete

hahaha... suke 2, 3, 11, 12 ^^

June 28, 2012 at 5:48 PM comment-delete

hahaha... gelak sensorang aku duk kat opis ni.....

Mun
June 28, 2012 at 7:38 PM comment-delete

hahaha. . klik klik advert. .

June 28, 2012 at 7:40 PM comment-delete

okey, tersenyum sorang2 :)

June 28, 2012 at 10:55 PM comment-delete

tahukan anda yang anda berjaya membuat aku rasa macam nak delete je entri ni.hahahahahhaa.. terbaekkkk

June 29, 2012 at 6:45 AM comment-delete

tahu dan tak tahu :)

June 29, 2012 at 7:32 AM comment-delete

jom tonton http://kaki-ngeri.blogspot.com/2012/06/hukuman-pancung-di-arab-saudivideo-real.html

June 29, 2012 at 7:38 PM comment-delete

terasa pula dengan yang nombor 8 itu. hee~

June 30, 2012 at 10:45 AM comment-delete

Post a Comment