Perjanjian Genjatan Sentaja Palestin-Israel


Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata

Perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam.

Sumber mengatakan bahawa Israel pada mulanya enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis.


Syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu.

Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut.

Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.

Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:
A - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.

B - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.

C - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.

D - Akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.

Mekanisma pelaksanaan perjanjian gencatan senjata:

A - menentukan jam sifar untuk persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani berkuat kuasa.

B- Mesir menjadi rujukan dan waranti setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.

C - Komitmen setiap pihak tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian ini, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian itu.


Sumber:
elfagr news

12 comments:

alhamdulillah..ada juga pihak bertanggungjawab yang sanggup menjadi orang tengah

November 22, 2012 at 12:30 AM comment-delete

harap Israel tidak langgar perjanjiannya dengan Palestin.

November 22, 2012 at 3:52 PM comment-delete

syukur alhamdulillah...

November 22, 2012 at 6:03 PM comment-delete

harap2 tader yg dilanggar...kalau tak, mmg dasar yahudi lah...

November 22, 2012 at 7:54 PM comment-delete

aku sebenarnya tak yakin dengan ketulusan yahudi.. dorang ni bangsa putar alam dan langsung tak boleh dipercayai...

November 23, 2012 at 1:47 AM comment-delete

syukur.
Salam kenal dari tirana aduka.

November 23, 2012 at 9:44 PM comment-delete

alhamdulilah..moga yang ini..akan kekal..amin

November 24, 2012 at 5:34 PM comment-delete

alhamdulillah... harap2 benda nie terus....

November 24, 2012 at 11:35 PM comment-delete

semoga org2 islam di sana terus dilindungi..

semoga perjanjian y dibuat xdilanggar sesuka hati..

November 25, 2012 at 1:53 AM comment-delete

harap-harap semuanya ok.. hmmm

November 28, 2012 at 1:22 AM comment-delete

demi rasa kmanusiaan,smga terrealisasi....thx

November 28, 2012 at 3:52 AM comment-delete

Islam sentiasa dibawah lindunganNYA, amin

January 14, 2013 at 11:31 PM comment-delete

Post a Comment