Soluto



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam ceria buat semua! Kali ini, izinkan saya untuk berkongsi dengan kalian tentang suatu aplikasi yang boleh membantu anda:
  • menyingkatkan masa boot komputer anda!
  • meningkatkan prestasi internet browser anda!
  • membantu masalah application crashes yang berlaku pada komputer anda!
Ia adalah program yang berkonsepkan: TIGA dalam SATU!
Kesemua masalah yang tersebut di atas merupakan masalah-masalah yang kerap berlaku ke atas mana-mana pengguna komputer amatur (sudah tentu amatur! Sebab, kalau dah bergelar advanced-user, anda tidak akan melihatkan prestasi komputernya melainkan KELAJUAN DAN KERINGANAN!)

Apa Aplikasi Itu?

Aplikasi yang saya maksudkan ialah Soluto!

Cara Menggunakannya

Kaedahnya ringkas, dan segalanya dapat dipelajari dengan mudah.

Muat Turun
Muat turun aplikasi tersebut dari laman webnya (klik sini). Kemudian, terus install di komputer anda.

Selepas Install
Selepas install, ia akan meminta anda untuk restart komputer. Lakukan itu. Ia hanyalah untuk menyerasikan aplikasi tersebut dengan sistem komputer anda. Selepas restart, ia akan mula berintegrasi dengan komputer anda, dan ia memerlukan beberapa ketika (mungkin minit). Biarkan sahaja sehingga selesai.

Aktifkan Aplikasi
Buka aplikasi tersebut, dan anda akan dapat saksikan tiga menu utama padanya;
  • Lighten Web Browser - untuk paparan internet anda
  • Chop Boot - untuk booting
  • Heal Crashes - untuk sebarang masalah application-crashes
Apakah itu booting?
Bila anda buka komputer anda, ia akan mula beroperasi, macam-macam yang keluar, sehinggalah ia selesai dan pada waktu itu barulah anda boleh menggunakan komputer anda. Tempoh tersebutlah yang dinamakan sebagai booting.
Pada ketiga-tiga pilihan di atas, di situlah anda boleh membuat sebarang justifikasi dan pertukaran untuk meningkatkan lagi sistem dan prestasi komputer anda. Buat pilihan (dari ketiga-tiga pilihan di atas), kemudian buang dan asingkan mana-mana program yang tidak diperlukan, kerana ia hanya akan memberatkan prestasi komputer anda!

Apa Yang Akan Berlaku Apabila Anda Restart Semula Komputer?
Bila anda restart semula komputer (untuk kali kedua dan seterusnya), aplikasi tersebut akan keluar secara automatik dan ia akan memaparkan tempoh masa yang diperlukan untuk komputer anda betul-betul bersedia untuk digunakan.
Komen Saya
Setakat ini, saya agak berpuas hati dengan dinamika yang ditawarkan oleh aplikasi ini. Ia (indeed) membantu meningkatkan prestasi dan kelancaran perjalanan komputer saya (walaupun komputer saya taklah laju sangat).

Saya kongsikan dengan kalian gambar komputer saya ketika proses booting sedang berjalan:

Lihat bahagian bawah-kiri. 0:17 min ialah masa yang berbaki untuk menyempurnakan proses booting. Ia akan berdetik sehingga komputer anda benar-benar sempurna untuk digunakan.


Ok, itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya sudah, anda bila lagi? Kalau ada apa-apa masalah berhubung penggunaan apa-apa aplikasi yang dikongsikan dalam laman ini, tinggalkan sahaja komen anda di bawah, saya akan cuba membantu sedaya mampu, insya-Allah.

Sekian, salam hormat.


Asyrazi
Red Castle, Rabat
31 Mei 2011


Dipetik dari PORTAL PMMM


p/s : Kali ini aku copy paste je...ari ni x dak mood nak post..huhu,tapi software ini berguna untuk komputer korang..

1 comments:

nak try r nanti

October 19, 2011 at 6:36 PM comment-delete

Post a Comment