BN VS PR




Assalamualaikum..ehem,,kali ni buat pertama kalinya aku nak post entry bab politik!!haha..ya tidak dinafikan ada setengah masyarakat yg suka berpolitik n ada yg tidak suka..ermm..aku sebenarnya malas nk post bnda politik ni dlm blog aku..tapi aku dipanggil untuk mengeluarkan pandangan aku terhadap politik malaysia yg kian hangat mana taknya PRU dah dekat..

Ah x kisah lar semua tu..tnggu umur aku 21 baru aku nak aktif berpolitik..hehe..ermm aku kadang-kadang lawak bila baca akhbar or blog pro BN n PR..yg BN kata ni slh,yg PR kata BN salah..adoi!!membuat kan aku tersenyum sinis memikirkan apa lar nasib malaysia pada masa akan datang...

Bkn disini aku nak kata dua-dua btol n salah..biasalar nama pon manusia..cuma aku kadang-kadang terkilan dgn wartawan n blogger yg terlampau aktif dgn politik sehingga menimbulkan ghibah dan buhtan..tidak kira PR dan BN sama ja....

Apa itu ghibah dan buhtan??

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).


Ala kalo percaya bulat-bulat blh x??

Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.

Apa balasannya??

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)


Mengumpat sangat ditegah dan dibenci Allah SWT. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.� (Al-Quran, Al-Hujuraat, 12)

Ok korang dah faham kan maksud yg aku hendak smpaikan..korang cuba tngk ni..aku ambik dari blog anti PKR...maaf aku tidak sertakn link supaya mnjaga nama sesama blogger..



TERKINI!! Gambar Nik Aziz Makan Nasik Murah!!



Dah banyak sangat gambar orang tua ni sedang makan dijaja oleh puak-puak pentaksub dia.., tapi yang paling baru ni memang gempak giler beb..

Korang jangan heran, gambar diatas tu nampak je biasa.., tapi sebenarnya luarbiasa dimata penganut PAS tau..

Apa taknya.., Pok Nik tengah makan nasik bungkus yang berharga RM 2.50 sen je tu baii.. Gua difahamkan.., nasik bungkus tu berlaukkan seketul ayam, kuah dan juga sedikit sambal..

Sekarang ni bukan kata Najib tak boleh ikut macam tu.., tapi rakyat Malaysia sendiri pun kalah dengan ke"ZUHUD"an Pok Nik kita nih...

Gua nak tunggu pulak gambar Pok Nik minum air parit or sungai je untuk lengkapkan dia punya skrip zuhud.. Harap-harap ada lah malaun PAS tangkap gambar ye kalau dia buat macam tu...

Sebelum gua terlupa.., gambar Pok Nik kat atas tu ditangkap semasa dia merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas..

So lepas ni, semua penganut-penganut agama PAS bolehlah mulakan makan dengan penuh ke"ZUHUD"an macam Nik Aziz tu yee.. Manalah tau kalau boleh dapat pahala bila ikut sunnah Pok Nik..

Nak heran apa.., kalau tengok gambar dia pun boleh mendatangkan pahala, tambah pulak ikut gaya dia makan.. Tak gitu? Peace No War... Hahahaha...


HEHE..aduhai makan nasi murah pon boleh jadi isu??cuma yg aku nak tekankan kat cini,jgn smpai mempesendakan agama...ZUHUD?? adakah sifat mazmumah?? andai kata skrung zaman khalifah Abu Bakar r.a atau Umar r.a atau Salahudin al Ayubi..Adakah anda berani berkata seperti diatas??jg kalam anda sebelum bercakap..terserah jika Tuan Guru Nik Aziz hnya berlakon ataupon tidak,itu antara dia dgn Allah swt..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..


Sabda Rasulullah s.a.w. iaitu:

Zuhudlah di dunia, pasti engkau dicintai oleh Allah dan zuhudlah dalam apa yang ada di tangan orang lain (jangan mengingini untuk memilikinya) pasti engkau dicintai oleh para manusia.”




KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) – Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.

Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.


Walopon dah lapuk dek zaman berita ni..tapi bg aku masih terasa hingga sekarang pukulan dia..hai isu zina ni bukan benda mcm mkn kacang..adakah benar Dato Seri Najib ni berzina??samalar jugak mcm isu Anwar Ibrahim..adakah video itu Anwar Ibrahim??

Apa hukum menuduh orang lain berzina??

Dipendekkan,Qazaf adalah hukuman bagi org yg menuduh sesorang yg baik berzina atau menafikan keturunanya tanpa membawa empat saksi..

Habis negara kita bukan ada hukum hudud??ye tidak dinafikan tiada!! sbb itu lar Rasulullah mengajar kita untuk memilih pemimpin yg berilmu tentang agama dan bnyak ciri sebagai pemimpin..

Habis kenapa anda semua diam???arhhhh malas lar nak keluar mengundi..jika pemimpin membuat kemungkaran automatik saham dosa dapat kepada org yg tidak keluar mengundi..kerna seolah-olah dia telah bersetuju dgn pemimpin sekarang..ayat aku ini tidak hanya ditujukan kepada pemimpin sekarang iaitu Barisan Nasional..walhal jika Pakatan Rakyat juga membuat kemungkaran..harus kita menentang!!

Mengundi adalah bermakna bagi seorang muslim yg pegang amanah dari Allah swt..jgn hnya anggap 1 kertas kosong!!!

Ingat hadis Rasulullah mengubah dgn tangan (mempunyai kuasa seperti pemimpin) bkn mengundi tau..satg dok ingt pangkah dgn tangan plak..kihkih, adalah langkah terbaik mencegah kemungkaran..jadi pemimpin islam yg adil lar dpt mengembalikan kegemilang islam yg kian menjunam...

Semoga entry kali ini korang dpt membaca dgn pemikiran yg positif,apa yg sebenarnya hendak aku smpaikn..Tidak mustahil Malaysia menjadi sebuah negara ISLAM yg terulung tidak kira ketika pemerintahan BN mahupon PR..atapon keduanya skali..

Wa salam.....


p/s : baca betul-betul baru komen !!! cuba faham apa yg hendak saya sampaikn..

14 comments:

marah nampak dik dalca kita nie...ahakz..sabar2 je la..

October 27, 2011 at 9:40 AM comment-delete

hehe..x marah cuma luahkan pendapat..politik malaysia kian kotor..tidak seperti dahulu..biasalar adat pertandingan kalah dan menang..terimalar hakikat..kadang-kadang macam keanak-anakan plak..takut sngt turun tahta..sedangkan dlm ayat alquran,Allah berfirman:Engkau memberi kekuasaan kpd siapa yg Engkau kehendaki..dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa yg Engkau kehendaki..(ali imran 26)..

October 27, 2011 at 9:52 AM comment-delete

alamak..tak cukup umur lagi...

takutlah dengan politik.kotor sangat.

October 27, 2011 at 10:15 AM comment-delete

hehe..sbb tu kita yg kena bersihkan diri..bukan perhimpunan bersih.. :)

October 27, 2011 at 10:36 AM comment-delete

Penyokong dia tak patut la bagi PokNik makan nasi bungkus je... dia kan pemimpin, hormat la sikit.. sekurang-kurangnya, nasi dalam pinggang... kalo bocor polisterin tu camne,,... jgn biasakan sgt..

October 28, 2011 at 11:09 PM comment-delete

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat penulis.

Setelah membaca artikel penulis ini, saya begitu tersentak melihat kalimah2 yg ditulis utk menggambarkan seorg tokoh politik yg hebat di Malaysia ini.

Ke mana adab saudara dlm berbicara tentang org yg banyak berjasa dlm merubah sinario politik dan agama di tanah air.

Mungkin, kita berbeda pendapat tetapi kita tidak dpt nafikan sumbangan beliau terhadap Malaysia secara umumnya. Pasti saudara tahu bukan andainya saudara termasuk org yg mengkaji dan meneliti serta tidak bercakap semberono sahaja.

Saudara berhak mengkritik tetapi biarlah dgn adab dan caranya. Mengkritik rakan tak sama dgn mengkritik tokoh yg dikenali di khalayak ramai. Bukan hipokrit tetapi itulah aturan alam.

Akhir kata, berbicaralah dgn budi bahasa yg baik supaya tersirna nur ilmu yg menyuluh kehidupan.

November 13, 2011 at 5:09 PM comment-delete

saudara ar-razi:cuba saudara membaca entry saya sekali lgi..dlm ayat mana kah sya mengkritik tokoh politik???sya baca kali ketiga entry saya dan sya merasakn tidak seorang pon saya mengkritik..saya menegaskan disini,sya cuma memperbetulkan pandangan masyarakat terhadap medan politik,misalnya wartawan atau blogger yg sering mengadakan cerita sehinnga TGNA makan nasi murah pon menjadi isu!! sama juga dngn Dato Seri Najib mereka mengadakan cerita tentang ada hbngan intim dgn altantuya !!saya mengkritik wartawan dan blogger!! adakah saudara blogger n wartawan tersebut sehingga saudara terasa pedasnya??atau mungkin saudara terlalu taksub dgn politik sehingga tidak dpt menilai apa maksud pendapat saya??

maaf atas kata-kata saya yg mungkin membuat saudara tersinggung..tetapi sya cuba untuk menegaskn kembali hujah saya yg tidak langsung berkaitan dgn tokoh..malah saya respect mereka semua,mungkin saudara keliru tentang artikel Terkini!! Gambar Nik Aziz Mkan Nasi Murah n Berita kuala lumpur 3 julai dua-dua ini saya petik dari blog pro Bn dan Akhbar..bukan dari hasil karya saya..harap saudara baca kembali untuk kali kedua yer..

assalamualaikum...

November 14, 2011 at 12:56 AM comment-delete

semoga saudara membaca dgn hati yg terbuka dgn ilmu yg ada pada diri saudara..nasihat saya sebgai saudara seislam..baca lar dgn teliti,kemudian mengkaji baru mengkrritik..salam aidil adha.

November 14, 2011 at 1:28 AM comment-delete

Alhamdulillah, saudara mempunyai pendirian dalam menulis artikel ini. Itu satu perkara yg baik.

Setelah berkali2 saya membacanya, barulah saya faham susunan artikel ini. Mana tulisan saudara penulis dan mana tulisan yg dipetik drpd blogger2 lain.

Salah faham ini berlaku bila saudara tidak menyertakan rujukan bg setiap artikel yg disediakan. Saya kira format ini sudah sedia dimaklumi.

Teguran saya sebelum ini bukanlah berdasarkan ketaksuban parti. Jika diteliti dan diamati komen saya, saya hanya menekankan satu aspek sahaja, budi bicara dgn tokoh yg berjasa. Itu sahaja. Tokoh yg saya maksudkan adalah Tuan Guru Nik Abd Aziz, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib. Mereka ini adalah tokoh dan org yg berjasa di negara kita.

Selain itu, saya juga ingin menekankan kandungan supaya kita tidak termasuk org yg menyebarkan fitnah kpd org lain. Niat kita baik, tajuk pun baik namun kesilapan dlm melampirkan isi menyebabkan kesalahtanggapan pembaca terhadap apa yg kita bentangkan. Seperti yg dlm artikel ini, saya kira tidak perlu lampirkan keseluruhan cerita krn sesetengahnya kenyataan itu mendatangkan fitnah buat tokoh2 yg saya maksudkan. Hanya nyatakan benda yg berkaitan dgn tajuk sahaja.

Sekadar itu sahaja komen yg serba kekurangan ini. Terima kasih kpd saudara penulis yg sudi melayan komen saya.

November 14, 2011 at 3:57 PM comment-delete

alhamdulillah saudara sudah paham..ye memang sya hendak meletakkan sumber artikel tersebut..tetapi bila dipikirkn balik tidak perlu lar kerna ini akan menimbulkn ketidaksefahaman kedua pihak blogger..maaf telah membuat saudara keliru membaca n maaf jika terdapat teguran saya yg agak kasar,tapi itular sya,akan mempertahankn hujah saya jika saya yakin benar stlh menerima teguran n mngkaji semula..salam ukhwah fillah...syukran jazillan sudi komen,jkkk

November 15, 2011 at 12:00 AM comment-delete

emm,pasal zuhud tu,boleh terangkan dalam maksud yang lebih jelas tak?just nk tmbh ilmu skit..

February 3, 2012 at 11:12 AM comment-delete

Terima kasih atas pertanyaan .Pengertian zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi zuhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t.

Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (al-Hadid: 23)

Justeru itu pengertian paling mudah dalam konteks artikel yg saya bawakan adalah,kesederhanaan dlm perkara duniawi yakni menggunakn hanya untuk keperluan hidup tidak melebihi dan tidak jugak membazir...

February 3, 2012 at 11:56 AM comment-delete

Saya ni peminat setia pok nik n tun mahathir, tp bukan 'pentaksub' pok nik n tun mahathir. Bahasa encik ni 'cantik' sgt lah. Kalau ye pun tak setuju dgn politik Malaysia, harap dapat guna bahasa yang elok. Saya juga kurang setuju bila encik guna perkataan 'penganut'. Memula rasa suka ngn blog ni. Tp..... kuciwa lah...

February 17, 2012 at 7:35 AM comment-delete

saya sebenarnya sudah penat tentang salah faham tentang artikel ini..namun sebagai mnusia memang tidak terlps dari kesilpan...mungkin saudara tidak membaca komen diatas sbb itu saudara blh kata demikian...saya berharap saudara sudi baca skali lagi..insyALLAH saudara akn mengerti apa yg saya cuba smpaikn..

February 17, 2012 at 11:26 AM comment-delete

Post a Comment