Koleksi Lawak Dalca (2)



Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”



Suatu petang di hujung minggu seorg ayah mahu membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersiar - siar dengan menaiki kereta . Tidak lama kemudian dia membunyikan hon keretanya

Anak : Kenapa ayah bunyikan hon..
Ayah : Ayah nampak saudara kita . Sebab tu ayah hon, tanda hormat.

Kemudian lalu sekumpulan lembu dihadapannya x semena2 dia pon menghidupkan honnya.

Anak : Lembu tu pon sedara kita jugak ke , ayah ?

Ayah :@%^^@$%*%)@! ( Tekena aku )




Aku Bukan Tamak
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

3 comments:

hehe....kopi tu demam panas ke??
HAHA

October 16, 2011 at 10:40 PM comment-delete

cerita yang last tue..
LIKE!
mule2 macam ade moral of story..
tapi biler bace jawapannya..
kelakar..=)

October 17, 2011 at 5:12 PM comment-delete

LIKE yg last sekali jugak. ~

November 17, 2011 at 6:44 AM comment-delete

Post a Comment