Teka-Teki Dalca (2)




Disebabkan ramai yg tidak berpuas hati kerna jawapan terlalu awal diberikan..kali ini aku nk korang perah otak menjawab kesemua soalan..jwapan akan diumumkn diruang komen..hehe,selamat mencuba!!


1)Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

2)Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

3) Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

4)Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

5)Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

6)Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?

7)Mulut bertemu mulut,jari mencari lubang..ape dia??(haa dh mula lar tu pikir bkn-bkn!!sesiapa dh hidung berdarah tu jwb soalan 1 hingga 6 jer..hehe)



p/s : penat aku berpikir mencari soalan zaman kanak-kanak dlu..huh!!

9 comments:

jawapan
1. orang memancing dapat ikan (pengail dapat ikan)
2. stokin jadi basah
3. sebab jalan kebelakang (mengundur)
4. nampak sangat bohongnya. Kura-kura mana pandai panjat pokok.
5. gasing la..
6. gelaran dato...suami dpt dato,,isteri dpt datin..isteri dpt dato,,suami x dpt pape..
7. main recorder or seruling

November 28, 2011 at 2:35 PM comment-delete

dapat teka soalan no 2, 3 & 4 je.
shahrazali, hebat sangat ni. boleh jwb semua ;)

November 28, 2011 at 5:04 PM comment-delete

dpt jawab mana yg boley ja nih..hehe

2. jadik basah lah..hehe
4. nampak pelik dek non..hahha

taktaulah yg lain..huhu

November 28, 2011 at 5:25 PM comment-delete

xnak jawab..nak jawapan jer..

November 28, 2011 at 5:38 PM comment-delete

7 , tgkap ~
kan ??

November 28, 2011 at 7:44 PM comment-delete

Salam dari shah ye..tumpang lalu..nmpak nye

ade entri yg trtinggl...kalu sudi follow skali ye..jom baca:



Entri Pasal Nuffnang! : Says.my Pesaing Nuffnang!

Giveaway Shah!  : Blog SC Follower Giveaway!

Entri Blog Income  !   : 1st Cashout Says.my

Ruang Iklan Murah!   : Pakej Iklan Murah!

November 28, 2011 at 10:43 PM comment-delete

shahrizal : jawapan anda semua btol..confom kaki men teka teki..hehe

November 29, 2011 at 6:24 AM comment-delete

emm...sy ker shahrizal tu??? sebenarnya SHAHRAZALI.. dulu kat skola biasa main teka teki dalam kelas... kdg2 time lepak2 minum kt mamak pun main teka-teki..hehheh..

November 29, 2011 at 12:36 PM comment-delete

opss..silap nama plak..skali imbas je smlm tngk..shahrazali..hehe,tahniah lar..

November 30, 2011 at 1:33 AM comment-delete

Post a Comment