Tahukah Anda


Tahukah anda.......

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan
itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu
pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa
Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah
dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang
juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya
magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

4. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya
apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang
dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi
atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan
diekori lagi.

5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal
tidak boleh menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku.

6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke
sarangnya walaupun telah keluar kadangkala
hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa
sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai
alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan
tempeleng adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng
masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga
ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan.

9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah
langsung tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10.. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia
bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan
hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.

11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua
pembaca ini telah mencuba untuk
menyentuh telinga menggunakan
siku.

25 comments:

ahahahaa....lawak laaa!!
ini auta je sume nie! haha
neway no8 tu buat sy gelak gile2!!

no 11 tu mmg betul sy buat @___@

April 19, 2012 at 3:16 PM comment-delete

dan aku salah seorang pembaca tersebut....hahaha...series mmg aku cuba td...hahaha...

April 19, 2012 at 3:32 PM comment-delete

fuhhhh.. selamt penah baca dulu.. so agak tak tertipu lah..

April 19, 2012 at 3:49 PM comment-delete

hehe...dah penah terkena dulu...

p/s- tahukah anda Dalca ade lah sejenis kuah dalca yg seswai dimakan dengan roti canai...hehe

April 19, 2012 at 4:15 PM comment-delete

tahukah anda..misz domu cuba menyiku telinganya tapi tidak brjaya.. dan tahukah anda entri ini lawak walapun berunsurkan info..

tahukah anda..? :P

April 19, 2012 at 4:42 PM comment-delete

huuuu..linda pun da try aksi ngeri menyentuh telinge gune siku..lawak la entry ni..

April 19, 2012 at 6:04 PM comment-delete

ntah pape :P

April 19, 2012 at 7:22 PM comment-delete

nak cari kawan hari2 belanja nasi ayam .haha

April 19, 2012 at 8:10 PM comment-delete

wah, zaza pun try guna sku td..hahaha, hebat dalca ;)

April 19, 2012 at 9:04 PM comment-delete

aku pun, try jap ni. nasib baek office takde orang. keh keh

Anonymous
April 19, 2012 at 10:50 PM comment-delete

yg no 5 tu xleh blah.. hahahaha

April 20, 2012 at 9:33 PM comment-delete

345 kali aku cuba menyentuh teliga pakai siku tapi aku tak berdaya.hahahahaha

April 21, 2012 at 9:22 AM comment-delete

hehe. sengaja kan entry nie nak mengenakan orang yg membacanya.

April 21, 2012 at 10:04 AM comment-delete

hahahaha..lucu2....

April 22, 2012 at 6:54 AM comment-delete

hadoiiii, hahhahhha. tergelak2 tau baca...hilang rasa busan.

April 22, 2012 at 9:40 PM comment-delete

haha...aku xkan cuba sentuh telinga ngan siku..sbb dah tau mmg xblehnyer..

Mun
April 22, 2012 at 10:56 PM comment-delete

nasib tak try sentuh telinga ngn siku.. :D

April 25, 2012 at 8:16 PM comment-delete

nombor 11 tu mmg betoi!!! :D

April 28, 2012 at 4:10 AM comment-delete

mne ko ni dalca???....lme btol menghilang.....bz sgt nih...jadi menteri morocco ker???hehehe...

April 29, 2012 at 7:19 PM comment-delete

lamanya menghilang..huhu

May 2, 2012 at 1:03 AM comment-delete

dan tahukah anda saya ada melawat blog ini....hihihihi

May 6, 2012 at 12:36 AM comment-delete

hahahahaaa . tahukah anda , saya sudah tertipu . brrr :D happy baca entri kat blog ni :)

May 8, 2012 at 2:24 AM comment-delete

hehehe terbaiklah!!!
nice and kreatif
gile-gile

May 10, 2012 at 7:34 PM comment-delete

No 11 tu betull :D

May 11, 2012 at 12:55 AM comment-delete

hahaaa.. kelako betul. memang dah tahu siku takleh sentuh telinga tapi still nak try juga.. ngeh ngeh.. tapi apa-apa pun N normal sebab ianya tak berjaya dilakukan

May 20, 2012 at 12:40 AM comment-delete

Post a Comment