Tanda Datangnya Kiamat !!
Tanda apakah ini ??????!!!!!
Allah S.W.T. datangkan peringatan untuk manusia dengan gempa di Acheh dan perbalahan di Malaysia semakin menjadi-jadi...
Tanda apakah ini ??
Wahai saudara-saudaraku, Marilah berfikir sejenak…
Tanda-tanda kiamat kecil semuanya telah berlaku..
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Subhanallah...
Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...
Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "
Bagi sesiapa yg mahu join segmen bloglist dalca..cepat-cepat sebelum 1jun !!
17 comments:
Semoga Diberkatilah di bulan yang mulia :)
subhanallah, semakin banyak tanda2 kiamat yg dah keluar..
dah banyak tanda2 kiamat.. kebanyakan kita sedar dan tahu...tapi masih ambil mudah..
mmg byk tanda2 dah keluar..huuu~
dalca..terima kasih atas entri nie..misz domu suka blog nie.. sebab bukan suka makan dalca..tapi input dia.. kelakar pun ada.. bak kata astro.. "macam2 ada"... :)
na'uzubillah..
Terima kasih berkongsi info cam ni...
banyak nya dah ada sekarang ni..
boleh dikatakan kesemua petanda memang sudah ada...
astaghfirullahalazim...
blog dalca ni banyak info yang menarik lah :) kena drop sini selalu selalu
subhanallah..dunia alhir zaman..
Bertaubat sentiasa sebelum tiba masa.
hmm masih banyak nak kena perbetulkan diri ini..
wah...tanda2 ni semuanya dah kelihatan....
moga sentiasa dalam redhaNya..amin
spt nye semua telah terjadi..~
nak share cam mana ? ?
tak ada button share . .
Post a Comment