Kisah Wanita Berpurdah



Wanita ini tidak ada kena mengena dalam cerita ini :)



Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.



Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.



Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.



"Siapakah wanita itu?"



Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.



"Adakah wanita itu orang gila?"



Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.



Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.



Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.



"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.



"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.



"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.



"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.





p/s : so korang rasa ape mesej  yg hendak disampaikan???

22 comments:

cerita yg menarik...:)
teruskan berdakwah dgn cerita2 yg
membina jiwa ke arah akhirat..:)

August 11, 2012 at 12:41 PM comment-delete

kalau kita kejar dunia,kita takkan dapat akhirat..

p/s: dah lama x jenguk dalca..tgh cari idea nak tulis cerpen :3

August 11, 2012 at 2:54 PM comment-delete

Seriau... Meremang bulu roma....


#baru aku tau muka dunia hodoh... Hehe. Gurau je

August 11, 2012 at 4:42 PM comment-delete

noted :) thank u ^_^

August 12, 2012 at 12:00 AM comment-delete

perghhh... rasa takut lah..

August 12, 2012 at 1:01 AM comment-delete

huhu...best cite nie..penuh pngajaran..

August 12, 2012 at 3:10 AM comment-delete

cerita yang menarik
banyak pengajaran
kadang2 kita terlalu mengejar duniawi hingga kita terlupa untuk mengejar akhirnya
nice story
thanks again :-)

August 12, 2012 at 3:18 AM comment-delete

wah. cerita ni sangat2 menginsafkan... kita sering alpa dengan duniawi hinggakan kita lupa akan akhirat sana...

August 12, 2012 at 5:41 AM comment-delete

wanita salah satu ujian buat diri seorang lelaki

August 12, 2012 at 8:13 AM comment-delete

Best story ni.penuh dgn pengajaran,jgn terlalu mgejar duniawi,smpaikn kite xdpt mgumpul amalan sblum mati. Rase takut plak.semoga yang terbaik utk kite semua

August 12, 2012 at 9:36 AM comment-delete

nice sharing..
begitulah dunia memerangkap kita..

August 12, 2012 at 10:11 AM comment-delete

really good msg...tq dalca for sharing this...

August 12, 2012 at 7:31 PM comment-delete

mohon share kat fb ye tuan dalca....huhu

August 12, 2012 at 7:32 PM comment-delete

cerita yang memberikan kita pengajaran dan supaya kita sentiasa mengingatinya..

August 12, 2012 at 10:11 PM comment-delete

bagus nasihat awkk.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

man
August 25, 2012 at 6:08 AM comment-delete

penghujung yg menjentik hti...... ^^'

November 3, 2012 at 4:01 AM comment-delete

Jgn kita asyik mengejar dunia yg kita sndiri tahu di akhirnya adalah mati. Maka, brhati2 melaluì jln hidup agar trus mndpt keberkatan shingga akhirnya nnti kita dpt merasai keindahannya.

Wallahualam..

November 10, 2012 at 5:21 PM comment-delete

best cerita ni,,suka baca

November 19, 2012 at 3:21 PM comment-delete

informasi yang menarik

November 29, 2012 at 11:23 PM comment-delete


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

December 18, 2012 at 7:02 PM comment-delete

informasi yang bagus dan menarik

December 19, 2012 at 10:17 PM comment-delete

assalamualaikum.cerite yg menarik :).teruskan usaha saudara.

July 28, 2013 at 6:56 PM comment-delete

Post a Comment