Koleksi Sengal Dalca




Cerita 1..

Ajoi sibuk membelek-belek jarinya.

Sumardi: “Joi, apa benda yang ko pegang tu?”

Ajoi: “Entahlah, rupanya macam plastik, tapi kalau dipegang macam chewing gum melekit sikit, ntah pebenda ntah” sambil menunjukan benda tu pada Sumardi.

Sumardi: “Meh gua tengok”

Sumardi memegang benda tersebut dan benda tu melekat-lekat pada ibu jari dan jari telunjuknya.

Sumardi: “Yap nampak macam plastik tapi kalau dipegang macam chewing gum, benda apa ni ek? Kat mana ko dapat?”

Ajoi: “Dari hidung gua…”

Cerita 2

Seorang penjenayah telah ditangkap oleh seorang polis dan kini sedang disoalsiasat
Polis : kamu sudah berkahwin?
penjenayah : sudah
Polis : dgn siapa?
Penjenayah : dgn seorang perempuan encik...

Polis : mmg la dgn perempuan.tak kan dgn lelaki pulak

Penjenayah : eh! ada encik yang kahwin dgn lelaki...

Polis : siapa??????

Penjenayah : adik perempuan saya encik.

Cerita 3

Pelanggan: Hei budak, meh sini kejap.
Pelayan: Ya saya. Ada apa encik?
Pelanggan: Saya ada masalah dengan sup saya ni.
Pelayan: Kenapa encik?
Pelanggan: Cuba kamu rasa sup ni.
Pelayan: Kenapa? Sup ni terlalu masin ke encik?
Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.
Pelayan: Ke sup ni terlalu panas?
Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.
Pelayan: Ok, baiklah. Erm, mana sudunya?
Pelanggan: Haaa. Itu la masalah dia....

0 comments:

Post a Comment