Salam Ramadhan
Assalamualaikum wbt...
Selamat
datang bulan suci Ramadhan, dimana bulan terbaik
dari semua bulan. Bulan keagungan yang penuh
hikmah, berkah, rahmah dan ampunan. Dan inilah saat-saat yang
paling indah bagi yang mendambakan kesejatian hidup. Inilah saat-saat ketika
tiap detik kehidupan harus diisi dengan amal saleh dan kebajikan. Inilah
saat-saat ketika tiap tarikan nafas dan getaran lidah mulai dihiasi dengan
dzikir dan taubat. Inilah saat-saat ketika seluruh umat manusia bergembira akan
menyambutnya.
Umar
ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang
yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan
yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.” Lalu
Rasulullah S.A.W. pun senantiasa menyambut gembira
setiap datangnya Ramadhan, dan berita gembira itu
disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh
telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh
keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan
Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka
dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam
yang lebih baik dari seribu bulan.
Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan"
(Hr. Ahmad)
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang
dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut
berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah
kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Wahai sahabatku sekalian,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan
syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang
sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang
membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi
'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Beringatlah nafsu tetap wujud walaupun syaitan sudah dibelenggu..Berikut adalah perbualan mereka:
Syaitan: start esok wa MC sebulan.
Semoga
dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati
kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati
kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik
mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong
oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi
puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia.
Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat
Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah
kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di
jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih
diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan
Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada
hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang
berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu
besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama
kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin
bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita
termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri .
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Akhir kalam , semoga bulan Ramadhan kali ini penuh bermakna .Lengkapi
setiap hari dengan amalan soleh agar cahaya keimanan kian bertambah.
Kejayaan mahupu kegagalan dalam peperiksaan bukanlah penentu keimanan
kita . Janganlah kita bongkah dan takabur dengan ilmu yang penuh
didada."Setting"kan kerana ALLAH, agar hidup kita diberkati dan
disayangi.
p/s: Sory lama sangat menghilang..sebenarnya aku kian sibuk dan sibuk dan sibuk..kerna jadi orang persatuan dan tahun hadapan dah nak tulis bahas untuk ijazah dan pastu BALIK!!yeah!!
OK time to BW sblm tu jom singgah ke PORTAL RASMI Pelajar Mahasiswa Malaysia di Morocco (PMMM) skung aku kena jaga Portal ni adei runsing nk jaga dua blog dlm 1 masa..
12 comments:
salam ramadhan::)
Salam Ramadhan encik dalca....moga ramadhan kali ni lebih bermakna...
salan ramadhan :)
salam ramadhan ^_^
Ramadhan Kareem~
Gambatte kudasai dalam uruskan 2 portal tu..
salam ramadhan dalca..:)
wahh org kuat persatuan nie..good luck!!
selamat berpuasa syah~
sama2 amik tket jugak sebulan untuk bertadarus =)
tu dia exco penerbitan kita!
salam Ramadhan dr saya
salam ramadhan bro... semoga ramadhan kali ni memberi keberkatan kepada kita smua..amin..
selamat berpuasa dalca !!!!!!!!!!
Post a Comment