Isu DAP dan Aku Anak Pulau Pinang




Assalamualaikum wbt..

PRU13 telah melabuhkan tirainya,maka tamatlah segala perang politik antara dacing, bulan, roket, mata dan sebagainya..Jutaan tahniah kepada Barisan Nasional kerana masih diberi kepercayaan untuk membentuk kerajaan baru di Malaysia..Pesanan ringkas sebelum anda membaca lebih lanjut, artkel ini ditulis bukan untuk membela sebelah pihak, tetapi ingin mnyampaikn apa yg tersirat dan tersurat di hati saya sendiri selaku menjadi pemerhati dalam politik tanah air.


Baik kemenangan DAP dalam PRU13 amat membanggakn bgi pucuk pimpinan ''mereka'' .Sekaligus dapat membuktikan hampir 98% masyarakat cina mmenyokong DAP, tidak kira cina di bandar ataupun di pendalaman..PRU kali ini membuktikan parti tersebut merupakan parti yg paling berjaya dalam Pakatan Rakyat dengan memenangi 38kerusi parlimen berbanding pilihan raya sebelum ini iaitu hanya 28kerusi parlimen...


Namun begitu,setelah kemenangan DAP dalam piliharanraya ini, masih timbul isu RACISM!! DAP bakal menjadikan malaysia seperti negara singapura...DAP Penang menendang Masyarakat Melayu Pulau Pinang...DAP menentang keras Negara Islam...DAP bla bla bla....


Saya hanya senyum melihat kenytaan ini..siapa tidak risau negara tercinta dirampas, negara yg aman dan damai menjadi kecoh...namun saya lebih risau masyarakat melayu yg juga islam semakin menunjukkan kebodohan sesama sendiri.


Pendapat peribadi saya sendiri,tidak mustahil DAP akan menuntut hak dalam kabinet malaysia..DAP ingin berkuasa dalam pentadbiran MALAYSIA...itu tidak mustahil!! Mengapa?? Kerana DAP bakal menjadi parti tunggal masyarakat cina suatu hari nanti,sudah pasti mereka akan menuntut hak masyarakat cina di Malaysia...Sekarang Anuar Ibrahim ingin rehat dari kerusi Ketua Pembangkang..Adakah kalian sudah berfikir siapa bakal menjadi Ketua Pembangkang yg baru??Mesti yg menang majoriti kan??Siapa tdak kenal dgn Lim Kiat Siang dgn perjuangannya Malaysian Malaysia..Siapa tidak kenal dengan Karpal Singh dengan penentangannya dalam isu Hudud..


Namun begitu,perkara ini tidak akan muncul jika tidak berlakunya isu perkauman...Menjadi satu kekesalan dalam hati saya,mengapa isu perkauman terus menerus dibahaskan? Lupakah mereka., dalam membhaskan isu ini begitu banyak fitnah memfitnah,perpecahan demi perpecahan,ko salah aku betul,haram sokong parti itu ini...Agama dijadikan bahan politik..dan sebagainya.


Sudah pasti masyarakat malaysia takut peristiwa 69 bakal berulang.. nauzubillahiminzalik... Mengapa perlu kita menjatuhkan bangsa lain?? Sedangkan bangsa itu hanya berdiam diri...seperti tidak ada apa yg berlaku...akhirnya masyrakat melayu yg gaduh sesama sendiri walhal isu tersebut berkaitan dgn cina..Inilah yg saya maksudkan jgn memperbodohkn diri sendiri...BERHENTI RACISM!!


Pertama saya ambil dari sudut Ketuanan Melayu terlebih dahulu...jika benar anda ingin memperjuangkan melayu...sepatutnya anda perlu hormati bangsa lain..bukan dgn menghina,mengkritik dan memfitnah buta tuli...Pointnya satu ja...1bangsa membangunkan negara,tapi mengapa sehingga sekarang masih wujud slogan 'Melayu perlu Bersatu', Sewajarnya slogan yg perlu dilaungkan adalah 'Melayu bersatu dgn Cina dan India' . Ini negara Malaysia,kita hidup dalam masyarakat majmuk..mengapa perlu kita menindas antara satu sama lain??


Ok kita imbas kembali sejarah yg pernah terjadi...siapa kata Melayu tidak pernah bersatu?? Melayu pernah bersatu,dan menjadikan bangsa yg paling kuat satu ketika dahulu..namun akhirnya Singapura tetap terpaksa dilepaskn...Antara sbbnya Melayu kata cina mahu memerintah dan mahu menindas,dan cina pula kata org melayu kalau perintah mereka pula ditindas..hg kata aku,aku kata hg..


Finally masing2 rasa akan ditindas,Padahal benda itu bukan terjadi pon,hakikatnya yg menindas sbnarnya bukan dikalangan orang melayu dan bukan dikalangan org cina...tapi 'orang toya' ..Orang mcm ni dalam semua bangsa ada tidak kira melayu,cina mahupon india..Selagi mana kita terus menerus memperjuangkan 'bangsa' bkn memperjuangkn ISLAM..selagi itu masalah ini tidak akan berakhir...selagi itu juga lah,ORANG TOYA ini akan terus menindas dalam diam-diam...Apa yg perlu sekarang orang melayu dan org cina perlu bersatu menghapuskan terus toya-toya ini,tidak kira dia pemimpin mahupun rakyat biasa...

p/s:orang toya saya maksudkn diri ini,org yg menjadi jarum perpecahan..

 Kedua isu Islam..Mengapa ALLAH takdirkan negara Malaysia negara majmuk?? Ada budha,hindu dan yg tidak beragama...Sepatutnya kita sebagai orang islam menjadi contoh kepada agama lain.. Bukan untuk menentang bangsa lain...ALLAH memberi peluang kpada kita untuk mentarbiah bangsa lain supaya peluk agama islam..bukan dgn menghina mereka..Jika begini lah cara pemimpin memerintah,dgn lucahnya,isu perkaumannya,rasuahnya..Saya percaya suatu hari nanti akan ada yg menentang ISLAM tidak lagi MELAYU...Time tu baru lah nk sibuk jom jihad,jom syahid menentang kafir harbi...Fikirlah sebelum terlambat...

PULAU PINANG


Well,secara amnya..tidak dinafikan Pulau Pinang adalah kubu buat DAP..Pelbagai desas desus muncul apabila DAP memerintah Pulau Pinang...Yang paling bodoh  adalah orng yg mngatakan ''habislah cina memerintah Penang'' terus terang saya ckp,maaf terkasar bahasa. Nampak tak mengapa isu cina memerintah Penang muncul tatkala selepas PRU12?? semasa kejatuhan Abdullah Badawi...sedangkan selama ini Penang diperintah oleh Gerakan yakni dari Ketua Menteri pertama hingga ketiga adalah dari bangsa cina...namun tidak muncul istilah diperintah oleh cina..yg melantik KM 1 juga adalah UMNO selepas kemerdekaaan..


Alhamdulillah setakat ini,saya di pulau pinang segala amalan dan kepercayaan umat islam terus menerus dapat dilaksanakan..Sekolah agama kian giat,tidak seperti zaman Tun Mahathir Mohamad.. Saya respect beliau sebagai perdana menteri yg paling hebat...namun dari sudut agama,beliau sangat lemah..Namun yg membangunkn kembali sekolah agama bukan zaman Lim Guan Eng...Tetapi zaman Pak Lah...beliaulah yg kembali memperjuangkn kembali sekolah2 aliran agama..dan Alhamdulillah walaupon diperintah oleh cina DAP sekolah agma still mendapat dana dan peruntkan jauh lebih tinggi berbanding zaman sebelum ini...


Isu tanah Melayu..Tidak dinafikan Kerajaan Negeri menghalau orang melayu di Pulau Pinang..Jika kalian setakat membaca utusan ataupon TV3,tanpa usul periksa...mmg tidak akan mendapat kebenaran sampai bila-bila...Saya tidak mahu ulas isu itu...kerana isu itu sudak lapuk dek zaman..
Saya nak bagi contoh apa yg saya sendiri dengar dan lihat...Kerana ini adalah betul dan benar2 terjadi..jika saya menggunakan khabar org lain itu belum tentu betul...baik di kawasan saya Bayan Lepas ada kawasan bagunan lama yg rata2nya adalah bangsa cina yg berniaga disitu....Keadaan geografinya yg berdekatan dgn jalan raya,membuatkn jalan itu sempit dan kerajaan ingin memperlebar jalan tersebut...kerajaan pada ketika itu adalah LIM GUAN ENG....dan tanah itu adalah pemilik mutlak cina tersebut...Baik,kerjaan menawarkan satu harga yg saya tidak pasti tapi berpuluh ribu ataupon beratus ribu untuk membuat jalan ditanah mereka...apa kata mereka?? jika lu bgi 1 atau 2 juta baru gua mahu pindah..dan ada juga yg demandnya lagi tinggi 5juta...dan sehingga sekarang bangunan itu still ada disitu...tapi ada dibeberapa kawasan lagi...yg rata2nya diduduki oleh melayu..sanggup terima duit itu dan bawa duit itu keluar mencari hidup baru di negeri lain..Maka semakin pupuslah melayu di Pulau Pinang dan muncullah isu DAP menendang orang Melayu..Faham-faham sendirilah maksud tersirat dalam contoh tadi...




DAP DAN NEGARA ISLAM

DAP ditubuhkan pada tahun 1966 yg dikepalai oleh Devan Nair..Karpal Singh mengeluarkn isu negara islam pada tahun 1990 dan boleh rujuk kembali utusan malaysia 18oktober 1990." Mahu mewujudkan negara islam langkah mayat kami dahulu ''..Pada tahun 1990 DAP juga berpakat dengan parti pembangkang seperti PAS dan Semangat 46 tetapi tidak berjaya kerana perbezaan ideologi yg sangat ketara.. Kemudian isu itu kembali sunyi sepi..sehinggalah berakhirnya PRU12...Setelah Anuar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang, Naiknya Pakatan Rakyat,naiknya DAP...isu perkauman,isu agama,isu lucah terus menerus dipopularkn di media massa,dibrain wash untuk pelajar2 luar negara, untuk apa??? tidak lain adalah untuk kepentingan politik... Allahurobbi,ini lah perdana menteri yg paling lemah dalam sejarah PM di malaysia..
Setelah penat lelah menghentam DAP pada PRU12,akhirnya cina dapat bersatu...kepercayaan cina pada Barisan Nasional jatuh merudum... Kemudian timbul pula isu PAS perlu bergabung dengan UMNO untuk MELAYU DAN ISLAM...hahhaha,kelakar pemikiran cetek sebegini...Bukannya tidak pernah bergabung...sudah bergabung satu ketika dahulu...lihatlah apa yg terjadi..


Ambillah kata2 pemimpin PAS,Tok Guru Nik Aziz...''Jika Barisan Nasional melaksanakan negara islam dan memperjuangkannya...haram bagi kami melawan kerajaan'' .Tidak perlu untuk bergabung..jawapan dah diberikan..masih tidak jelaskah??Anda berkuasa selama 55tahun,anda memegang kerajaan Malaysia...Stop isu perkauman..Sepatutnya isu perkauman tidak perlu dijadikn bahan untuk kepentingan politik..mengapa??sebab peperangan telah pon bermula disebbakn kelemahan pemimpin itu sendiri...
Namun belum terlambat untuk berubah,Allah masih memberi peluang kedua kepada Najib untuk memerintah...Allah memberi amanah kepada beliau...moga-moga beliau dapat menjernihkan kembali apa yg keruh...Saya harapkan beliau juga antara pemimpin yg kuat dalam sejarah PM negara kita..Keputusan telah pon diumumkn...ayuh kita bersatu dan berdoa,moga2 agama kita dijulang,dan semua bangsa dibela...sampai bila kita perlu bergaduh kerana politik..Doakn kebaikan kepada pemimpin baru pada sesi kali ini...jgn doakn keburukan,kerana dia juga saudara seislam yg melakukan kesilapan...inchallah hari ini lebih baik dari semalam...jika still tiada perubahan dalam 5 tahun kehadapan...
"PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN,KEBENARAN PERLU DITEGAKKAN."

















 










2 comments:

yes...kebenaran mesti diperjuangkan..hanya Allah maha mengetahui...

May 7, 2013 at 3:47 AM comment-delete

i am PROUD with your entry dude! :D

May 7, 2013 at 9:02 PM comment-delete

Post a Comment