Pas Bergabung Dengan Umno..Wajarkah?


Setelah saya menulis isu DAP dan Pulau Pinang...rata-ratanya bersetuju dan ada yg tidak bersetuju dgn isu tersebut.. Saya terima dengan berfikiran terbuka..masing-masing ada hujah..Baik, ada beberapa teman menghantar private message mngapa tidak wajar UMNO  dan PAS bersatu pada ketika ini? Ini adalah jalan yg paling terbaik.


Ok, ini pendapat saya..Prinsip saya dalam bidang politik ialah dgn memandang kepada 3 perkara..Pertama masa silam,sekarang dan masa hadapan...Bagi saya dalam politik 3 aspek ini memainkan peranan yg amat penting.



Kebaikan Bergabung (ini pendapat org lain melalui private message)

PAS-UMNO..satu perikatan yg bakal mencipta sejarah,melayu kembali bersatu dan islam kembali bersinar..Orang cerdik Umno dapat membangunkan pentadbiran dan mempertahankn org melayu dan Pas dapat menjalankan negara islam...Baru seiring dan sejalan...


Pendapat saya pula...

Ok...first siapa taknak bangsa dan agama saya dijulang..jika saya berfikir pendek sudah lama saya bersetuju..Umno bakal menendang MCA dan MIC..dan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat. Mengapa perlu UMNO menendang MCA?? Jangan lupa MCA jgk menentang hukum hudud..dan disebabkn MCA jgk lah Tun Mahathir tidak menerima usul PAS tentang hudud satu ketika dahulu..

Namun begitu,PRU13 mengubah segala2nya...MCA tidak lagi kuat,so tidak susah untuk Umno melepaskan MCA dari Barisan Nasional kerana parti itu tidak lagi memberi keuntungan dalam BN..Jadi UMNO dan PAS boleh bergabung dan menjalankn undang2 islam tanpa parti komponen berbangsa cina.


Wahai rakyat Malaysia..sedarkah anda dimana anda berada sekarang?? Adakah anda menyesal ALLAH takdirkan kita berbagai bangsa dan budaya?? Jangan kerana mainan politik kotor kita lupa perpaduan yg kita kecapi satu ketika dahulu..Kita harus bersyukur kita mampu bersolat dgn selasa, laungan azan masih berkumandang, dan agama lain juga tidak menentang agama kita buat masa ini..Jadi mengapa perlu kita mulakan kesusahan yg bakal berlaku??sepatutnya kita atasi perkara-perkara yg akan berlaku....

SEJARAH

Setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969..Pas telah menerima cadangan Umno untuk bergabung sebagai perikatan yg baru yg diberi nama BN...Namun 1978 Pas menganggap dikhianati oleh Umno selepas berlaku krisis darurat di kelantan dan mengambil keputusan untuk keluar dari BN..

Itu isu parti...jika isu bangsa melayu pula...Kita pernah bersatu dan menjadi satu bangsa yg kuat dan menentang keras kemasukan PAP dalam politik tanah air. Dan akhirnya apa yg terjadi kita terpaksa lepaskan SINGAPURA yg dianggap duri dalam daging.


SEKARANG

Adalah satu usaha yg sukar PAS-UMNO untuk bergabung... Kedua-dua parti ada ego masing2,Kepercayaan antara pucuk kepimpinan kedua pihak untuk bersatu adalah amat nipis...Pas kata Umno salah...Umno kata Pas salah..


MASA HADAPAN

1.Pulau Pinang bakal dilepaskn dari Malaysia.
2.Saya anak Pulau Pinang menjadi orang pertama dibunuh.
3.Bantuan Negara Luar.




Baik saya rumuskan disini...Saya hairan sesetangah masyarakat melayu yg pandang sinis kepada bangsa cina..seolah2 menjadi musuh ketat dan tiada jalan penyelesaian yg lain melainkan menjatuhkan mereka.Setelah berjaya menimbulkan berbagai-bagai isu perkauman dan sekarang baru terfikir untuk bersatu semula?


Jika PAS dan UMNO bersatu ia hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu MELAYU!! Rata2 masyarakat melayu hanya ingin mahukan melayu bersatu..bukan semua bangsa bersatu...Sedarlah!! Hal ini akan menimbulkan kemarahan yg teramat bagi bangsa cina terutamanya pucuk pimpinan DAP... seolah2 mereka disisihkan dan perlu ditentang...Parti mana yg tidak bengang dikhianati?? Apa kalian ingat mereka akan duduk diam??Ingat perjuangan mereka sia-sia selama ini??Kalian sendiri tahu bangsa cina mempunyai otak yg bijak dan cilik..tapi mengapa kita terus-menerus berfikir pendek?

Saya percaya DAP akan memperjuangkn kuasanya di Pulau Pinang.Maka akan lahirlah satu negara baru seperti Singapura.. Mereka akan tuntut hak untuk memerintah Pulau Pinang..Buat apa lgi mereka perlu tunduk dalam Malaysia?Sedangkan Malaysia sendiri menolak mereka..Dan saya percaya peristiwa PAP (LKY) bakal berulang..dan kita terpaksa lepaskn Pulau Pinang...

Dan jika berlaku isu tersebut...akan berlakunya kemarahan bangsa melayu..akan berlakunya perang perkauman..Kalian berada di negeri  selain Pulau Pinang..boleh lah cakap kita lawan habis-habisan disebabkn majoriti malayu di tempat kalian lebih ramai..Kami disini siapa nak bela? Mati dahulu baru bantuan datang..

Dan secara tidak langsung bermulah campur tangan kuasa luar...dan adakah anda inginkan peristiwa Perjanjian Pangkor berulang???LOL sedarlah... Mungkin terlalu jauh saya fikir hal ini...tapi bagi saya ini tidak mustahil...

Namun begitu..saya percaya bangsa cina tidak sejahat itu jika kita menjaga sesama kaum...saya di Pulau Pinang,ada ramai kawan dari bangsa cina...Di PLKN,rata2nya cina...Namun mereka disiplin dalam kehidupan harian mereka..Subuh mereka lebih awal dari kita,walhal kita wajib menunaikan solat subuh..

Mereka bersatu kerana mereka sedar kesalahan pemimpin..menyalahgunakn kuasa,rasuah,songlap duit dan sebagainya....Jadi pemimpin perlu atasi benda ini..bukan dengan menghangatkan lagi isu-isu perkauman..STOP RASICM..Ini akan meningkatkn lagi jurang perkauman di Malaysia...Penulisan saya bukan untuk membela cina..tapi hakikatnya,kita perlu bertoleransi sesama bangsa..dan memperjuangkan ISLAM...Setiap bangsa mempunyai keupayaannya yg tersendiri...dan agama ISLAM adalah agama yg syumul..Jika tidak percaya kajilah balik sirah Piagam Madinah.

Rata-rata pembangkang hanya inginkan kebenaran ditegakkan..jika kerajaan memegang amanah dan tanggungjawab dgn cemerlang,saya percaya kerusi pembangkang semakin berkurang...dan mustahil tiada pembangkang dalam satu negara..Mesti akan ada juga, cuma minoriti dsbbkn beberapa perkara.. Semoga negara kita Malaysia terus aman dan damai..Inchallah..



 









4 comments:

pas dan umno bergabung>>yes hanya menguntungkan orang melayu,..kita kena sedar yang malaysia terdiri daripada pelbagai kaum...okey saya belum baca habis nantisaya sambung :D

May 8, 2013 at 6:34 AM comment-delete

aku setuju sangat-sangat dengan pandangan bro.. dalam keadaan sekarang ni, bukan berkenaan isu perkauman. tapi berkenaan mereka yang menyalahgunakan kuasa. yang korup. Ini isu utama. yang ini perlukan sokongan kesemua bangsa. bukan hanya cina atau melayu atau india sahaja. Kita semua kena bersatu sebenarnya. tapi masalah sekarang terjadi bila mereka seperti sengaja mengadakan isu perkauman. for what? untuk mengalihkan tumpuan? aku melayu. bukan aku tak sayang bangsa aku. aku sayang bangsa melayu. tapi bukan isu kaum yang aku nak tekankan kat sini. dengan mereka yang korup ni, bangsa melayu sendiri pun terabai dan terkontang kanting kat negara sendiri, jadi apa guna pertahankan lagi yang korup ni? melayu dijajah oleh bangsa sendiri. apa bezanya? ubah cara pemerintahan, InshaaAllah rakyat akan kembali menyokong.

May 10, 2013 at 3:26 PM comment-delete

maaf nk tumpang sma. saya setuju dgn pendapat anda kita jgn tgok kt penang ja. cth... kat jitra kedah sekarang dah nk dapat kat kaum cina jgk. kenapa????puncanya mudah ja... melayu yg kurup yg ada jawatandi mn2 jabatan kalau bangsamudah ja urusan tp dgn kitaada ja yg tk kena. tk caya cuba urusan dgn majlis bandaran.... sila kan...

Anonymous
May 14, 2013 at 12:34 PM comment-delete

UMNO/BN ngan PAS patut berkerjasama demi kerana Islam. Buat perjanjian, dalam keadaan apa jua sekalipun, biar PAS terus perintah Kelantan walaupun BN mungkin memenangi pilihanraya di Kelantan. Macam di Pulau Pinang dulu iaitu walau ADUN UMNO lebih ramai dari Gerakan, Gerakan tetap diberi mandat untuk perintah Pulau Pinang. Camna idea aku bes tak? He...he...

Anonymous
May 17, 2013 at 3:05 AM comment-delete

Post a Comment