Selamat Tahun Baru !!



Assalamualaikum wbt..Selamat tahun baru semua!!moga cita-cita dan azam anda pada tahun 2011 sudah tercapai yer..skung azam tahun 2012 apa plak??tepuk dada tnya lar iman yer..Pejam celik x sangka blog ini dah berusia hmpir 4 bulan..haha,entah apa yg aku dok merapu pon x tau lar selama ini...ok lar post ari ini aku hanya nk cita pasal kejayaan blog kuahdalca yg dpt dicapai selama 4bln di gelar blogger...weee



First Ranking Alexa

haha ni lar akibat x bw,minggu lpas 5900 jatuh gila bnyak..x pe korban demi exam yg jauh lbh penting..




Pengunjung Dalca

korang tengok sendiri lar menjunam ke bawah ja..haha,x pe lar lpas exam ni aku akan berusaha bg naik blik..btw kira ok lar walopon aku x blogwalking namun jumlah pengunjung kasar ttp 500+ sehari,mesti korang kata ckit kan..hehe tpi paling tnggi pernah mencecah 2600+ tau kes ombak rindu yg rosak link ari tu..haha




Follower


haha..x sangka ramai jgk follower aku..aku ingt lg dlu aku target thun 2012 hbs kuat 1000 follwer je..tpi alhamdulillah lbh 600..hehe,sory yer kpada sesiapa yg aku masih blm follow..kdg-kdg korang x tngglkn link n dekat profile korang pon x dak link..aishhh



Edisi Dalca Paling Mendidih !!


haha..mcm besa lar...DOWNLOAD OMBAK RINDU..hehe,sory ek sapa yg dh terkena..hihi,entahlah tetiba ja idea mai..teroz aku cari bahan..gila pnya tinggi pengunjung time tu..hahaha


Komen Tentang Header Dalca


haha..benda ni memang aku nk post kan dari dlu lg..tapi nanti lar belum masa yg sesuai tpi skung masanya sudah tiba..jom kita baca komen yg aku kumpul..



sory quality x elok..nk cpt katakan..hehe,korang tngklah..ada yg kata kulit album lar,kumpulan nasyid lar,dan yg paling x than kumpulan SEEKERS..haha




OK cukup lar setakat ini sahaja..moga korang x jemu melawat blog ini..jgn lpa klik apa yg patut ek..hehe,ok semoga ALLAH perkenankn azam baru korang yer..aminn..ni gambar kenangan first-first smpai di morocco dlu..rindu gila x sngka dh setahun lbh disini..walopon nk sambut thun baru masih berbaki 8 jam..hahaha



p/s : haha jgn dok komen artis lg ok!!

11 comments:

Post a Comment

Takutlah Wahai Manusia Saat Ini Pasti Tiba!!






Assalamualaikum w.b.t.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

4 comments:

Post a Comment

Keunikkan Timeline FB !!





















p/s : aku tetap membenci wajah baru ini..

12 comments:

Post a Comment

Edisi Lawak Dalca (11)



KENTUT
orang Amerika kentut ckp EXCUSE ME,
orang British kentut ckp PARDON ME,
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME,
orang kite kentut ckp NOT ME,NOT ME
=.="






Bono melihat org buta sdg melintas mengikut anjing pembantu yg dipegang talinya. Setelah melintas, tiba2 anjing itu kencing dikaki org buta itu. Org buta itu membongkok & mengosok2 kepala anjing itu. Bono yg melihat kelakuan org buta itu kehairanan.

"Dia kencing dikaki awak, mengapa awak gosok2 kepalanya?" tanya Bono.
... "Saya tahu," org buta itu mengakuinya..
"Saya kena cari kepalanya dulu baru boleh tendang buntutnya!"







Ada seorang budak mahu beli gula.
Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..)
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tidak nampak.. :)

5 comments:

Post a Comment

Uji Otak Anda !!







Apa yg korang nampak??1 Fakta yg korang perlu tahu,menurut kajian,kanak-kanak tidak nampak gambar di atas seperti seseorang sedang berintim tetapi menampakkan 9 ekor dolfin..Ini menunjukkan mereka tidak pernah melihat atau membanyangi apa-apa berkaitan 18sx dan hanya menampakkan binatang gambar tersebut.Jika korang melihat gambar tersebut sedang berintim..maknanya korang perlu mencuci pemikiran korang tu agar menjadi pemikiran kanak-kanak..hehe



p/s : nceb bek aku nmpak dolfin..hehehehehe

13 comments:

Post a Comment

Kelebihan Solat Mengikut Saintifik



Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang. Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.


Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.


Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.



Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.


Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.


Pergerakan Relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.



Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat,"


p/s:sory x update dua hari coz ada Program ngan Persatuan Malaysia di Morocco

4 comments:

Post a Comment

Keindahan Matematik!!


Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))




p/s : post awal ari ni sbb kelas full gila...

9 comments:

Post a Comment

Top 10 Kemalangan Hampir ...... !!




10.

9.


8.

7.


6.


5.
4.

3.


2.

1.

5 comments:

Post a Comment

Koleksi Lawak Dalca (10)



ADIK : YAH, NK MOTOR BARU ?
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK HANDPHONE BARU ?
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK JAM BARU ?
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK KASUT BARU ?
AYAH : 8A DULUUUU
ADIK : YAH, ERR ..
AYAH : 8A DULUUUUU!
ADIK : NAK MAK BARU ?
AYAH : BILA ?






irl : If i feel bored, wat should i do honey??
boy : call me!
girl : If i feel sad?
boy : think of me!
girl : if i feel lonely?
boy : meet me!
girl : if i feel sleepy?
boy : dream of me!
girl : if i feel hurted?
boy : remember me!
girl : wat if i feel hungry??????
boy : REBUS MEEE !!!!! :)





Siapa kata B.Melayu senang ?
Kalau tak percaya sila isikan
tempat kosong dengan
perkataan
"Ya" atau "Tidak".
________ , saya seekor lembu

8 comments:

Post a Comment

Uji Otak Lelaki Ke Perempuan??






Mari kita lihat..adakah otak anda otak lelaki atau perempuan.. cuba permainan ni..

Mari kita uji Otak kita…Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf ‘F’ dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH THEEXPERIENCE OF YEARS



dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK? ada berapa banyak F ?
dua??tiga??empat?? pasti!! (anda tentunya seorang lelaki!!!)





baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH THEEXPERIENCE OF YEARS




Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…
otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN
Cuba la dengan kengkawan anda untuk menguji setakat mana kebenaran perkara ini….. :)


p/s:x caya korang try..aku dh try kat kwn lelaki aku semuanya sama ngan aku..ternyata kami lelaki tulen..hehehe

18 comments:

Post a Comment

Ini Fakta!!



1 . Istana yang terbesar di dunia > Istana Imperial (Gu Goong)
di Beijing,China.


2 . Perpustakaan yang terbesar di dunia > Perpustakaan Kongres Amerika
Syarikat di Capitol Hill,Washington D.C


3. Universiti yang terbesar di dunia > Universiti M.V.Lomonov State di
"Bukit Lenin",Moscow.


4. Bangunan Bank yang paling tinggi di dunia > Bank Of Montreal's First Bank
Tower,Toronto

5. Negeri yang paling awal mencipta wang Kertas > Negeri China

6. Kawasan air yang paling banyak mengandungi garam > Laut Mati

7. Benua yang terbesar di dunia > Benua Asia

8. Banjaran Gunung yang tertinggi di dunia > Gunung Everest

9. Bandar yang terbesar di dunia > New York

10. Gurun yang terbesar di dunia > Gurun Sahara

11. Pulau yang terbesar di dunia > Pulau Greenland

12. Tasik yang terbesar di dunia > Tasik Caspian

4 comments:

Post a Comment

Salah Tafsir


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang

begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak...



“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini

kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral

itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu

tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,



UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN..
.MINUMLAH ARAK…


p/s:Begitular juga org yg jahil ilmu bercakap tentang sesuatu yg dia tidak ketahui...

5 comments:

Post a Comment

Koleksi Lawak Dalca (9)



PANGGILAN TELEFON BERANTAI.....
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya. Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti… Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama…. Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen… Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama… Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh… Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu… Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.. Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. Atuk (Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya.. Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni jadi outstation, Boss dah nyanyuk agaknye. Suami menelefon Buah Hati : Kita boleh kembali bersama, Isteri saya jadi outstation seminggu. Buah Hati menelefon Murid Tuisyen : Maaf kelas tuisyen minggu ni di batalkan.. saya kerja seminggu. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk kelas tuisyen batal lagi, takda kelas untuk seminggu. Atuk (Boss) menelefon Secretary : Cucu saya nak habiskan masa bersama seminggu, jadi outstation batal. Alamak ink habis pulak korang sambung la pulak. hehehe..






D tgh2 k0ta yg sedang maju,bjalan lh dua 0rg knak2 iaitu ali dan abu..tiba2,mreka tlhat se0rg pkcik sdg tcari2 sesuatu.

Ali : pakcik . . . Buleh kami tlg ?pkcik tgh cari ap?
Pakcik : nie ha,pkcik tgh cari pusat rawatan.kt kawasan nie ad x?
Abu : 0uh ad ja
Pkcik : kt mana pusat dia ?

Tnpa blengah2 lg,abu mengangkat bju ali dan bkta

Abu : nie pusat dia







Pada suatu hari Isnin, di dalam sebuah kelas...

Cikgu : Baiklah, hari ini kita akan belajar ttg pengurusan masa yg baik... Sekarang cikgu nk tanya, cuti semalam, bangun saja drpd tidur, apa yg kamu semua buat? Aini, jawab soalan cikgu.
Aini : Baca doa bangun tidur, cikgu.
Cikgu : Bagusnya. Seman pulak?
Seman : Saya tunaikan solat Subuh, cikgu.
Cikgu : Wah, lagi bagus. Rita pulak?
Rita : Saya kemas katil, cikgu.
Cikgu : Pun bagus. Ajoi?
Ajoi : (Dengan nada menganjing) Saya? Saya bukak mata dulu, cikgu.
Cikgu : Uii, bagusnya. Berdiri atas kerusi sampai habis kelas. Sumardi pulak?
Sumardi : Saya menguap dulu, cikgu.
Cikgu : (Menganggap bahawa Sumardi juga menganjingnya) Haa, bagus. Kamu pun berdiri atas kerusi jugak sampai habis kelas.

Setelah selesai bertanya beberapa orang pelajar lagi, Cikgu menukar soalan.

Cikgu : Baiklah, saya hendak tukar soalan. Apakah perkara seterusnya yg kamu buat selepas perkara pertama tadi? Oleh sebab saya ini seorg guru yg baik hati, saya tujukan kpd Ajoi dan Sumardi dulu. Kalau kamu dpt jawab, saya benarkan kamu duduk.
Ajoi dan Sumardi : (Serentak) Tarik selimut, baring dan tidur balik, Cikgu.

9 comments:

Post a Comment

Top 10 Vlogger Paling Popular Di Malaysia !!


Entry dlu aku dah cita pasal top 10 follower blogger terbanyak..kali ini vlogger pulak yg mendapat rating penonton paling ramai...korang tau x ape tu vlogger??segala idea yg kreatif serta pemikiran yg luar biasa yg dicurahkn di video misalnya di Youtube,Vmeo ka ataupon seumpamanya....so jom terjah siapa paling top sekarang !!























34 comments:

Post a Comment