Lawak Bengong !!







Mak : Lesen ! tolong belie santan !
Lesen : Lesen tengah main PSP lahh mak !
Mak : Otak ! tolong mak belie santan !
Otak : Otak tengah berak lahh , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong belie santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tengah main facebook lahh mak !
Mak : Gila , tolong belie santan !
Gila : Ok , mak !
Dalam perjalanan , Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !
Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dengan saya , dia tengah main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tengah main facebook.
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tengah berak , Polis kenal keluarga saya kee ? Semua nama adik beradik saya encik tahu .
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Nama saya memang Gila..



Cepat Join Segmen Bloglist Dalca !! Masih Belum Terlambat




14 comments:

Post a Comment

Segmen Dalca : Bloglist July



Hai mcm biasa setiap kali hujung bulan segmen dalca akan muncul...ok jom kita tngok soalan bulan ini . Sebelum itu sesiapa yg belum pernah join jom kita tngok syarat2nya terlbh dahulu...


!!HANYA 6 BLOGLIST YANG BERTUAH!!


Wajib
1.Buat satu entry bertajuk "Segmen Dalca : Bloglist July"
2.Letakkan gambar diatas di dalam entry anda.
3.Perlukah Follow blog ni?ikut atas individu  tpi ia dikira HP (high priority)
4.Kena tag x?? Itu pon atas individu tapi ia juga dikira HP.


Tambahan
Jawab 3 Soalan ini dientry anda,soalan ini adalah untuk meletakkan diri anda sebagai HP 
1.Soalan Umum : Siapakah Presiden Baru Mesir ? Dan calon dari Parti Mana?
 2.Soalan Logik : Antara Spain dan Italy negara manakah yg anda rasa bakal juara EURO 2012??Dengan kemengan berapa gol??
 3.Soalan Ilmiah : Siapakah orang pertama yg menyebut kalimah اما بعد (Amma Ba'd) 
Hint: Antara 25 Rasul...


 Jika anda tidak dapat menjawab salah 1 soalan ataupun semuanya tidak mengapa..join jer,kita lihat pada priority anda yg lain,selain itu sebagai tanda berkenalan..aku akan melawat balik dan komen-mengomen..


Baca
 1.Segmen ini bermula sekarang sehingga 2 July 2012(Setelah tiupan wisel terakhir EURO)
2.Setelah siap semuanya, letakkan link entry anda diruangan komen.

Apa Yang Best?
1.6 Blogslist akan diletakkan didalam blog ini selama sebulan
2.Krew Dalca akan bw ke blog anda setiap hari
3.Menambahkn follower anda 
4.Setiap entry akan dikomen
5.Menambahkn UV anda!!

SELAMAT MENJAWAB SOALAN
"SAMBIL BERSEGMEN,SAMBIL MENAMBAH ILMU"

29 comments:

Post a Comment

Tahukah Anda !!





1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam
cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu
100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah
helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu
selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak
yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya
magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia
diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga
beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih
boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.













9 comments:

Post a Comment

Suhu Morocco 40c



Fuhhh...Subhanallah..dah tiga hari cuaca di morocco sangat panas...memang ujian bagi pelajar malaysia disini...Suhu tengahari tadi 39c-40c....Perghhhhh bergegar otak dgn titisan peluh...Cepat lah dtg musim luruh...hehe...



Ker nk balik Malaysia jer cuti ni...4 bln cuti oooo...hahaha...bnyak aktiviti terbantu tatkala musim panas melanda..mcm musim lepas..kerja tidor jer..hahha musim luruh baru lah beroperasi ckit badan ni...Fuhhh..Agaknya Ramadhan kali ni memang penuh bermakna..mau x nyer btl2 time kemuncak musim panas dan waktu siang yg panjang...Subuh pukul 3.30 dan magrib pkul 8.30 mlm...hehe selamat berpuasa...




TAHNIAH SPAIN!!! Nyaris tumpas tadi..huh!!



10 comments:

Post a Comment

Cerita Sengal Budak Sekolah












15 comments:

Post a Comment

Kebangkitan Islam Di Mesir



TAKBIR ALLAHU AKBAR!! Syukur Alhamdulillah dgn kemenangan PARTI ISLAM DI MESIR...Walaupon sehari sudah berlalu..namun kegembiraan umat ISLAM masih jelas terpancar di siaran tv mahapon dimana sahaja mereka berada... Kegembiraan itu juga kami kongsikan di bumi Magribi...SubhanAllah,..rancangan ALLAH tiada siapa yg tahu...Sesungguhnya Dia lah Maha Mengetahui...



LIHATLAH!! Bagaimana mereka meraikan kegembiraan...Mereka syukur kepada Allah,tunduk dan sujud sebagai hamba ALLAH...



Lihat lah Kalam Ucaptamanya...


Keputusan Rasmi Pilihan Raya Mesir


Siapa Dr.Mohamed Mursi??

Kenali Dr. Mohamed Mursi (calon Ikhwanul Muslimin untuk Presiden Mesir) :

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

 





Mohamad Mursi yg dlunya dipenjara kini menjadi Presiden , Husni Mubarak yg dlunya Presiden kini dipenjara...

 


Alhamdulillah, Dr.Muhammad Mursi telah diumumkan sebagai sebagai Presiden Mesir yang sah. Semoga ianya menjadi satu cetusan semangat untuk kemenangan Islam Di Malaysia.InsyaAllah














12 comments:

Post a Comment

Edisi Lawak Dalca (19)




cikgu -boboi boleh tak duduk diam diam je kat tempat kamu
Boboi - tak cikgu sye nak ambil………
Cikgu - hah menjawab menjawab.
Boboi - hmm..

Time belajar..*

Boboi -cikgu boleh tepi sikit? tak nampak.
Cikgu - sabarlaa kan cikgu tengah tulis ni.
Boboi - hah menjawab menjawab.
Cikgu - @#&$#@
HAHAAHAH






Sorang cikgu berjalan dgn penuh bergaya msok ke dalam klas dan Bertanya.

cikgu: Siapa Sini Bodoh sila Berdiri!!!!!!

Murid2 Smua Diam Dan Ade yg Gelak..
lalu cikgu itu bertanya soalan yg same...

Cikgu:Siapa Sini Bodoh sila Berdiri!!!!!!

Sorang murid bernama Mizies berdiri dan melihat ke arah cikgunyer

Cikgu:Oohhh...kaw sorang jer bodo...

Mizies: Bukan Cikgu...Saya Cume x sanggup tengok cikgu berdiri seorang saja

Cikgu bengang dan terus ambil begnyer dan keluar






..





14 comments:

Post a Comment

Kolam Renang Palsu



























Persoalannya : Bagaimana mereka masuk??hehe





13 comments:

Post a Comment

Rahsia Kaabah





Gambar pertama adalah sebuah magnet dalam bentuk kiub dengan SERBUK BESI yang berselerak di SEKELILINGNYA. Medan magnet menyebabkan SERBUK BESI untuk mengatur diri mereka ke dalam corak itu.

GAMBAR KEDUA ADALAH KAABAH..

ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :-

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]

SUBHANALLAH !! ALLAHU AKBAR !!.. DENGAN TIAP KEJADIAN YANG PENUH RAHSIA ALLAH..




8 comments:

Post a Comment

Weeee Merdeka!!







Hoorey!!!Beres sudah exam sem ni...memang paling mencabar lah bagi aku sem ni...bnyak cabaran betol dgn madah yg pening kepala...bahasa arab beruslub tinggi...gerrrrr....apa-apa pon aku bersyukur kerna dipermudahkn segala urusan...paling mencabar paper hari ini lah..sampai mental n semangat down!!!haha...dan x tentu arah dah tdi...semalam sambil study ternampak lah artikel mamat bill gates ni... x sangka dia tiru cara yg aku gunakn selama ini...hahaha :p jom ikut jejak langkah ni ramai-ramai.....


-OHHHHH BLOGWALKING-









8 comments:

Post a Comment

4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka


Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



12 comments:

Post a Comment

Freshkan Mata Anda



 Dalca ada soalan penyegar mata untuk anda. Untuk menyertai acara ni adalah mudah. Hanya teliti gambar yang diberikan dan jawab lima (5) soalan mudah.

Soalan :

1. ada 3 orang yang pelajar mengantuk akibat malam tadi main mahjong... pelajar mana yang mengantuk?
2. Yang mana satu kembar lelaki?
3. Yang mana satu kembar perempuan?
4. Berapa ramaikah perempuan yang ada di dalam gambar tersebut?
5. Yang mana satu adalah Cikgu kepada pelajar-pelajar tersebut?


 Selamat Mencuba Kalau Boleh..hehe ;p


17 comments:

Post a Comment

Oh Exam Lagi








Doakan aku esok yer ada dua paper...xlah berapa killer sngt tapi sakit lah jgk... ;p


















8 comments:

Post a Comment

Kisah Sengal Pak Mat & Isteri

Pak Mat & Isteri

Suatu hari, pak mat pegi keluar ke bandar bersama isterinya, mak minah. Perjalanan mereka mengambil masa yang cukup lama menaiki sampan oleh kerana kampung mereka terletak agak jauh di pedalaman.



Setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, pak mat ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. Oleh kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya tanpa pengetahuan mak minah. Sampai je di rumah, dia pun termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu menyebut "macam..bapak aku muda dulu-dulu".

Mak minah berasa pelik dengan sikap pak mat yang selalu memegang cermin tersebut, lalu mak minah curi-curi mengambil cermin tersebut sewaktu pak mat pergi ke surau. Mak minah yang tak pernah menggunakan cermin pun berkata "perempuan macam ni yang laki aku minat"?

 p/s: Cayalah Malaysia menang ngan Singapore!!



 

14 comments:

Post a Comment

Cium Bontot





Di sebuah bustop, seorang budak nakal bertanya
waktu kepada Pak Cupit...

Budak: Pakcik pukul berapa sekarang?

Pak Cupit: Pukul 3:45 petang.

Budak: Terima kasih

Pak Cupit: Sama-sama

Budak: Pakcik mintak tolong sikit boleh?

Pak Cupit: Tolong ape?

Budak: Nanti bila dah pukul 4:00 petang boleh tak
pakcik cium bontot saya?

Pak Cupit: Celaka punya budak!

Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak
Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit
yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke
sebuah gerai menjual jambu.

Penjual jambu: Kenapa termengah-mengah ni pak
cik?

Pak Cupit: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke
patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00
petang?

Penjual jambu: La yeke? Tapi sekarang baru pukul
3:50 ada sepuluh minit lagi, kenapa tergesa-gesa?

Pak Cupit: &%$$%#@!





16 comments:

Post a Comment

Review Brazil Juara Euro


 Assalamualaikum...ok kali ni saja aku nk review balik entry aku semalam..bagi lelaki aku tahu mereka faham tapi bagi wanita ada yg kurang faham...hehe..cuba korang tengok balik ayat wanita tu dia kata "Pasukan ini juga pernah memenangi EURO"





ok jom kita tengok peta dunia...





tengok!! brazil di benua mana??amerika selatan lah...bkn eropah..haha


skung korang dah faham kan??




15 comments:

Post a Comment